Terdapat beberapa bentuk nyanyian dan tarian yang tersebar di
kalangan penduduk etnik Hui. Antaranya, Huaer yang tersebar di kalangan
penduduk untuk mengekspresikan harapan orang muda terhadap kemurnian
alam percintaan. Pelbagai acara kesenian tradisi seperti nyanyian,
tarian dan bermain alat muzik sering dipertunjukkan dalam sesuatu
persembahan masyarakat Hui. Pertama, persembahan tarian dengan gaya
berseorangan dan dengan berpasangan berlangsung dengan penuh keriangan
sentiasa dimainkan pada majlis keraian dan jamuan makan. Tarian etnik
Hui itu dipersembahkan oleh penari lelaki yang menyanyi sambil menari.
Tarian etnik Hui bukan sahaja menawan hati, tetapi memperlihatkan
kehidupan sebenar dan keteguhan semangat penduduknya. Tarian tersebut
amat digemari oleh penduduk etnik Hui di seluruh negara, Seni tari
etnik Hui bermula dari abad ke-7. Ekoran pembukaan laluan sutera pada
abad ke-2 sebelum Masihi, pertukaran pelbagai budaya berkembang pesat.
Muzik dan tarian digemari ramai dan tersebar sampai ke Zhongyuan dari
kawasan barat. Pada zaman Dinasti Wei dan Jin, alat muzik Qiuci mula
dikenali semasa Luguang menduduki Liangzhou. Pada zaman Dinasti Zhou
utara, Ashnashi, maharani puak Tujue membawa masuk sekumpulan pemuzik
dan penari dari Asia Tengah ke kawasan tengah China. Kebanyakan lagu
dan tarian dari kawasan barat Dinasti Beichao tersebar masuk ke kawasan
tengah China dan amat popular pada zaman Dinasti Sui dan Tang. Kawasan
tengah China semakin terkenal dengan tersebarnya banyak lagu dan tarian
oleh golongan seniman yang bertujuan untuk memperbaharui lagu dan
tarian . Kebanyakan penduduk yang tinggal di pelbagai negara Asia
Tengah memeluk agama Islam selepas zaman Dinasti Tang. Mereka menjadi
asal usul nenek moyang penduduk etnik Hui di China. Tarian etnik-etnik
di kawasan tengah China tersebar dari negara tersebut. Ia menjadi asal
usul tarian yang digemari oleh penduduk etnik Hui.
Menurut catatan buku "Sejarah Etnik Hui China", kebanyakan
warga Arab, Parsi dan negara-negara di Asia Tengah yang beragama Islam
berhijrah ke China disebabkan oleh laluan sutera yang berkembang dan
pembukaan lalu lintas antara China dengan negara-negara barat pada abad
ke-7 hingga ke-13 sebelum masihi. Mereka dan penduduk Arab dan Parsi
yang berhijrah ke kawasan pantai China merupakan keturunan penduduk
etnik Hui. Lagu dan tarian yang tersebar di kawasan barat juga
disunting secara ringkas dalam "Buku Sejarah China", iaitu Tarian
Huteng, Tarian Wanita Huxuan, dan Tarian Pedang yang terkenal di China
dan sangat digemari oleh penduduk Dinasti Tang.
Banyak lagu rakyat dengan seni kata lagu yang sederhana, dan irama
yang menawan hati, antaranya, terdapat yang melalui proses evolusi
daripada nyanyian dan tarian tradisional. Misalnya, Langhuaer. Penduduk
etnik Hui mengutarakan hasrat dan harapan terhadap kebahagiaan dengan
nyanyian Huaer. Oleh itu, Huaer, sejenis program kesenian nyanyian dan
tarian di kalangan penduduk etnik Hui terbentuk secara beransur-ansur.
"Putera Hua'er" telah digubah oleh pekerja tarian provinsi
Qinghai berasaskan irama Huaer dan Badagun Qinghai sejak terdirinya
Republik Rakyat China. Tarian yang amat terkenal di arena tarian
seluruh negara China ini telah menjadi contoh untuk meningkatkan taraf
tarian etnik Hui yang digemari oleh penduduk etnik tersebut di China.
0 komentar:
Posting Komentar